BERITA SEMASAPOLITIK

Nurul Izzah tidak akan sertai BERSAMA – Rafizi

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan dakwaan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan menyertai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).

Beliau menyifatkan dakwaan terbabit sebagai khabar angin yang tidak berasas.

“Itu (dakwaan Nurul Izzah sertai BERSAMA) rumour (khabar angin) kosong sahaja.

“Dia (Nurul Izzah) tidak akan join (sertai) BERSAMA,” katanya ringkas menerusi ciapan di laman X.

Rafizi berkata demikian mengulas desas-desus Nurul Izzah menyertai BERSAMA, susulan tugas Pengarah Pilihan Raya PKR yang digalas bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini diambil alih Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, seorang pemilik akaun X, dipercayai ahli BERSAMA menggesa Rafizi supaya tidak menerima permohonan Nurul Izzah untuk menyertai parti itu.

Kelmarin, Amirudin dilaporkan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menggantikan Nurul Izzah dengan perkara itu diputuskan mesyuarat Biro Politik PKR, Isnin lalu.

Rombakan itu sebahagian daripada penyelarasan strategik PKR bagi melancarkan dan memperkukuh koordinasi proses kerja dalam persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button