‘Saya terjebak dalam politik kerana benci rasuah’ – Rafizi
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberitahu penglibatannya dalam dunia politik adalah disebabkan kebenciannya terhadap rasuah.
Beliau yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berkongsi titik tolak beliau menyertai arena politik dalam satu video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, hari ini.
“Saya terjebak dalam politik ialah kerana kebencian kepada rasuah. Bila saya membesar saya nampak ada sebahagian masyarakat kita yang mensucikan rasuah. Ada yang kata apa nak kisah pasal rasuah asalkan orang kita dapat.
“Ada yang kata kalau tak rasuah macam mana nak buat bisnes. Ada yang menunggang lawan rasuah, rupa-rupanya sebab dia nak pula nak ambil tempat laba rasuah bila kerajaan bertukar ganti,” katanya dalam video tersebut.
Sementara itu, Rafizi dalam video sama berkata, selepas lebih 20 tahun bercakap dan melawan rasuah, beliau mengakui mungkin sukar untuk mempercayai mana-mana kempen atau slogan untuk melawan perbuatan tidak bermoral itu.
“Sebab saya nampak (petikan) ini:”Corruption is not bad. Corruption is only bad if I am not involved. But if I am part of that corruption, I’ll defend it” (Rasuah tidaklah buruk. Rasuah hanya menjadi buruk jika saya tidak terlibat. Tetapi jika saya menjadi sebahagian daripada rasuah itu, saya akan mempertahankannya),” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















