JENAYAH & MAHKAMAH

CEO badan berkanun direman 5 hari

PUTRAJAYA – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun direman lima hari kerana disyaki menerima rasuah berkait kontrak pembinaan sebuah gelanggang skuasy.

Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

BACA JUGA:
SPRM tahan CEO badan berkanun persekutuan

Terdahulu, lelaki berusia 40-an itu ditahan pukul 7.20 malam tadi di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil.

Tangkapan dibuat sejurus suspek menerima wang tunai RM100,000 daripada seorang kontraktor binaan.

Difahamkan, suspek sebelum ini meminta rasuah sebanyak RM1 juta sebagai balasan untuk kelulusan bayaran tuntutan kepada kontraktor berkenaan dan didakwa sudah menerima RM500,000 sebelum Aidilfitri lalu sebagai wang pendahuluan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button