Eksekutif binaan agensi kerajaan disyaki terima rasuah direman SRPM
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang eksekutif kanan binaan sebuah agensi kerajaan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM8,000 sebagai balasan membantu mendapat serta meluluskan pelbagai urusan kontrak kerja.
Perintah reman selama tujuh hari dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang.
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam perbuatan tersebut pada tahun 2024 dengan membantu dua syarikat kontraktor mendapatkan kontrak, meluluskan penilaian kerja, mempercepatkan perakuan siap kerja serta mempercepatkan tuntutan bayaran.
Difahamkan, wang rasuah berkenaan diterima melalui transaksi pemindahan terus ke akaun bank peribadi milik suspek.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








