JENAYAH & MAHKAMAH

Ketua Polis Balai disiasat kes kutip ufti dari rumah urut, pusat judi

KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Polis Balai (OCS) di sini yang didakwa terlibat dalam kes salah laku dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, siasatan dijalankan oleh Ketua Polis Daerah berkaitan dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Setakat ini siasatan masih berjalan bagi memastikan sama ada terdapat fakta yang menyokong dakwaan berkenaan atau sebaliknya,” katanya memetik laporan Berita RTM.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, OCS terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa sehingga siasatan selesai.

Terdahulu, tular di media sosial mesej yang mendakwa OCS berkenaan bersama beberapa anggota polis lain terlibat perbuatan salah laku temasuk rasuah dan memaksa anggotany mengutip ufti daripada pusat judi dan rumah urut. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button