BERITA SEMASADALAM NEGERI

24 anggota PDRM dibuang kerja kerana rasuah sejak 2023 – KDN

KUALA LUMPUR – Antara Januari 2023 hingga Oktober 2025, seramai 24 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan buang kerja kerana kesalahan rasuah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata pemecatan itu sekali gus menggambarkan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh integriti dalam PDRM.

“Lapan orang dibuang kerja pada 2023, diikuti empat pada 2024, manakala 12 dipecat antara Januari hingga Oktober tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa bagi KDN di Dewan Rakyat, semalam.

Shamsul Anuar, berkata, KDN mempertingkat mekanisme pemantauan dalaman bagi membendung salah laku, termasuk Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tahunan dan pemantauan gaya hidup oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Katanya, satu sistem pencegahan rasuah PDRM yang bersepadu juga sedang dibangunkan bagi
mengesan, mencegah dan memantau risiko rasuah di semua peringkat dalam pasukan.

“Menerusi beberapa bengkel, 43 risiko rasuah dikenal pasti melalui Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Penilaian Risiko Rasuah (CRA),” katanya.

Beliau berkata, aduan awam mengenai salah laku polis boleh dikemukakan terus kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), yang menyiasat kes secara bebas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button