BERITA SEMASA

Telatah kanak-kanak ingat polis mahu tangkap sebab main telefon cetus tawa netizen

KUALA LUMPUR – Gelagat seorang kanak-kanak yang menyangka dirinya akan ditangkap polis kerana leka bermain telefon bimbit mencuri perhatian warganet selepas video tersebut tular di media sosial.

Menerusi rakaman yang dimuat naik pengguna TikTok @MamaNuhFaliq, kelihatan kanak-kanak itu berasa cemas apabila sebuah motosikal polis berhenti di hadapan kereta yang dinaiki bersama ibunya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi hantaran di Facebook rasmi memuat naik semula video berkenaan sambil mengulas telatah comel kanak-kanak tersebut.

Seorang anggota polis dilihat memberhentikan motosikalnya di hadapan kenderaan yang dinaiki kanak-kanak tersebut.

“Alamak, kenapa polis ni berhenti depan kereta mama saya ni? Aduhh. Acik polis tu turun dari motor pulak. Hmm… nak ambil saya ke?

“Ha itulah, asyik main handphone je, polis nak ambil adik la,” tulis kapsyen PDRM pada hantaran tersebut.

Admin media sosial PDRM juga mengatakan mereka bergurau dan terhibur dengan telatah kanak-kanak tersebut.

“Min doakan adik membesar menjadi anak yang soleh kepada ibu dan ayah serta berbakti kepada nusa dan bangsa apabila sudah dewasa kelak,” tulis hantaran itu lagi.

Video berkenaan bukan sahaja mencuit hati warganet, malah menerima pujian kerana mengingatkan ibu bapa tentang kepentingan mendidik anak-anak menggunakan media digital dengan bijak dan dalam pengawasan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button