Remaja 16 tahun maut, lima cedera kereta rempuh pokok
BATU PAHAT – Seorang remaja lelaki maut, manakala lima lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pokok berhampiran surau di Kampung Jalan Baru, Simpang Lima, di sini, malam tadi.
Mangsa, Putera Muhaimin Qudrat Mohd Noor Wandi, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, PBK I Zulmazi Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.16 malam.
Katanya, seramai 13 anggota bersama dua unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebuah Proton Wira yang dinaiki enam individu terbabas sebelum merempuh pokok.
“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi cedera dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, enam mangsa terbabit terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki.
Mereka yang cedera ialah Puteri Nur Fairuza Balqis Mohd Noor Wandi, 15; Nor Azlan Shaharudin, 27; Putera Khairunas Mohd Noor Wandi, 11; Putera Aidin Firdaus Mohd Noor Wandi, 3; dan Rahmah A Rahim, 26.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








