1 maut, puluhan cedera dua kereta api bertembung di utara London
LONDON – Seorang maut manakala puluhan lagi cedera apabila dua tren penumpang bertembung di utara London, semalam (waktu tempatan).
Laporan AFP yang memetik kenyataan perkhidmatan kecemasan United Kingdom (UK) memaklumkan, insiden itu berlaku lewat petang berhampiran Bedford, sebuah bandar kira-kira 90 kilometer dari ibu negara London.
Operator East Midlands Railway (EMR) mengesahkan, kedua-dua tren terbabit menuju ke Stesen London St Pancras dari arah berbeza di tengah England.
Menurut saksi, kejadian berlaku secara tiba-tiba sehingga menyebabkan penumpang tercampak dan keadaan menjadi panik.
“Semua orang menjerit, ada yang menangis, kami sangat takut dan keliru,” kata penumpang, Pete Knapp, kepada agensi berita Press Association.
Dalam kemas kini hampir lima jam selepas kejadian, Perkhidmatan Ambulans East of England mengesahkan seorang maut di lokasi kejadian.
“Sebanyak 11 mangsa mengalami kecederaan sangat serius, 22 cedera parah, manakala 56 lagi cedera ringan,” kata kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















