JENAYAH & MAHKAMAH

[VIDEO] Kanak-kanak autistik meninggal dunia akibat lemas

PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia sembilan tahun maut akibat lemas dalam tasik di sebuah pusat peranginan, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin ketka mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan ahli keluarga mangsa kira-kira pukul 8.06 malam semalam.

@malaysiatribune

Seorang kanak-kanak ditemukan lemas di dalam sebuah tasik di sebuah tempat peranginan di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam. #malaysiaviral lemas trendingnewsmalaysia viralmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Kejadian disedari kira-kira pukul 3.30 petang di sebuah hotel di Lukut apabila mangsa didapati keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarga.

“Mangsa merupakan kanak-kanak autistik yang berada di tempat tersebut bersama keluarga untuk bercuti. Mangsa ditemukan lemas dalam tasik oleh kakitangan hotel dan ahli keluarga yang menjalankan pencarian selepas menyedari ketiadaan mangsa di bilik.

“Bedah siasat telah dijalankan pukul 10 pagi tadi di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson dan punca kematian punca kematian diakibatkan lemas,” katanya selain menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 34 saat memaparkan detik-detik jasad kanak-kanak tersebut ditemukan di dalam kolam tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button