
Anak gajah mati dilanggar lokomotif KTMB
KLUANG – Seekor anak gajah ditemukan mati selepas dilanggar sebuah lokomotif keretapi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di kilometer 679.5 antara Renggam – Mengkibol, dekat sini malam tadi.
Ketika kejadian pada pukul 8.19 malam tadi, lokomotif itu sedang membawa 70 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Segamat.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrain Mohd Noh berkata, siasatan awal mendapati, terdapat tiga ekor gajah termasuk seekor anak gajah menceroboh pagar keselamatan dan cuba menyeberang landasan berkenaan.
“Dua ekor gajah berjaya melintas landasan dengan selamat dan menuju ke kebun Simple Farm.” katanya dalam satu kenyataan.
Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan sebelah kiri lokomotif terbabit kemek menyebabkan ia gagal meneruskan perjalanan.
Susulan itu, sebuah lokomotif bantuan tiba dilokasi kejadian pada pukul 10.40 malam dan membuat penyambungan gerabak sebelum meneruskan perjalanan.
Tiada penumpang yang mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.
Bangkai anak gajah terbabit kemudian ditanam kawasan berdekatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








