Empat individu nyaris maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan
KUALA LUMPUR – Empat individu berusia lingkungan 20-an nyaris maut apabila kereta jenis Nissan Livina yang mereka naiki terbabas di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Persimpangan Templer, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 pagi itu, seorang wanita hanya mengalami kecederaan ringan manakala tiga lagi mangsa dilaporkan parah.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya ke lokasi kejadian.
“Pasukan tiba lima minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan empat mangsa terdiri daripada dua lelaki serta dua wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala dua lagi diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








