BERITA SEMASA

Pemandu treler maut kemalangan enam kenderaan

KULAI – Seorang pemandu treler maut dalam satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 31.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Sedenak, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Khairil Mohd. Adzami berkata, kemalangan itu melibatkan enam kenderaan iaitu sebuah lori kontena Dong Feng, treler, Toyota Hilux, van, lori 10 tan dan lori satu tan.

Mangsa yang maut dianggarkan berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah selepas treler dipandunya yang membawa muatan besi pagar terbakar hampir 80 peratus.

Empat mangsa lain dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu lori kontena dan lori 10 tan bagaimanapun tidak dapat dikesan kerana dipercayai sudah meninggalkan lokasi kejadian ketika Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba.

“Kami menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan 10 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran bantu mula dengan sumber air secara ulang alik daripada pili bomba berhampiran sehingga kebakaran berjaya dikawal.

Jasad mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button