BERITA SEMASA

Polis buru pemandu, penumpang Alza buat aksi bahaya di lebuh raya

KAJANG – Polis sedang mengesan pemandu dan penumpang sebuah Perodua Alza yang dirakam melakukan aksi berbahaya dengan mengeluarkan sebahagian badan melalui tingkap belakang ketika kenderaan itu sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video kejadian yang tular di aplikasi Threads semalam.

“Hasil semakan mendapati kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 1, Lebuh Raya Kajang-Seremban menghala ke Kajang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-2966 7474.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button