BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Penumpang putus kepala kereta langgar belakang lori

KULAI – Seorang lelaki maut dengan keadaan ngeri apabila kepalanya putus selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori lima tan yang diletakkan di tepi jalan di Taman Permata Impian, Jalan Felda Taib Andak, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor memaklumkan, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 10.36 malam sebelum sepasukan lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi yang terletak kira-kira enam kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai pada jam 10.43 malam, dengan operasi diketuai Mohd Firdaus Juritah,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut beliau, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Honda City dan lori Hino.

“Pemandu kereta, seorang lelaki dewasa, cedera tetapi tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba.

“Bagaimanapun, penumpang di bahagian hadapan kereta maut dalam keadaan mengerikan kerana kepalanya putus akibat tersepit,” katanya.

Mangsa kemudian dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button