BERITA SEMASA

Lebih 2,000 meriahkan Karnival Kita MADANI X PMR di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Lebih 2,000 pengunjung membanjiri Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) yang berlangsung meriah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang, di sini hari ini.

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), penganjuran karnival itu merupakan usaha mempromosikan Program MADANI Rakyat (PMR) Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini di Toppen Shopping Mall, Taman Desa Tebrau.

“Karnival ini menjadi platform penting bagi mendekatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, selain menggalakkan penyertaan masyarakat dalam agenda pemerkasaan digital dan sosial negara selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching merasmikan karnival berkenaan yang turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan serta wakil agensi Persekutuan dan negeri Johor.

Juala Rahmah
Sekitar Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Bergerak @ Mobile di PPR Sri Stulang sempena Karnival Kita MADANI x Program MADANI Rakyat (PMR). – Foto Facebook JAPEN Johor

Menurut JAPEN, antara pengisian utama karnival ialah Taklimat Internet Selamat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), iaitu sebahagian daripada Kempen Internet Selamat (KIS).

Kempen tersebut katanya, bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam talian serta menggalakkan penggunaan internet secara bijak dan berhemah.

“Pelbagai maklumat turut disampaikan melalui pameran bertemakan keselamatan siber yang disertai agensi kerajaan dan swasta seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), MCMC dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC),” kata kenyataan itu.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut menarik perhatian pengunjung termasuk program Semarak Subuh, senamrobik@Bakti Komuniti MADANI, pertandingan mewarna, E-sports, persembahan busking rakyat, Kenduri Rakyat MADANI serta program Bicara Ilmu.

Turut mencuri tumpuan ialah Jualan RAHMAH anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Johor yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button