BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya pada 2026 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Tiada kenaikan kadar tol akan dikenakan bagi 10 konsesi lebuh raya pada tahun 2026, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet dan melibatkan implikasi kewangan yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Perincian mengenai konsesi lebuh raya terlibat akan diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR). Maklumat lanjut dijangka dikeluarkan melalui kenyataan rasmi KKR hari ini,” katanya dalam sidang media mingguan semalam.

Mengulas mengenai Pusat Kanser Sarawak,
Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri turut menegaskan keperluan supaya kerja-kerja menyiapkan serta melengkapkan peralatan bagi pusat kanser itu.

“Perdana Menteri turut mengambil maklum hasrat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menyalurkan peruntukan tambahan bagi melengkapkan beberapa peralatan khusus di pusat berkenaan.

“Perdana Menteri juga telah mengarahkan susulan segera dilaksanakan bagi mempercepatkan proses penyiapan Pusat Kanser Sarawak demi memastikan kemudahan itu dapat beroperasi secepat mungkin,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button