
Kontrak Hietech Padu diluluskan Lembaga Tender MOT, tiada kena mengena dengan mana-mana pihak
PUTRAJAYA – Jemaah menteri telah diberikan penjelasan penuh oleh Perdana Menteri mengenai kontrak Hietech Padu Berhad bernilai RM190.01 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri menegaskan keputusan memberikan tender berkenaan tiada kaitan dengan pelantikan Datuk Farhash Wafa Salvador sebagai pemegang saham terbesar Hietech Padu.
“Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan menerangkan kepada jemaah menteri bahawa projek telah dimenangi Hietech Padu secara tender terbuka dan keberkesanan sistem MySikap.
“Ia diluluskan Lembaga Tender MOT pada 24 November tahun lalu manakala Kementerian Pengangkutan telah luluskan pada 2 Februari tahun ini.
“Pembelian saham oleh Roseeta Partners Sdn Bhd berlaku pada 16 Mac bermaksud keputusan berikan tender kepada Hietech telah diputuskan tahun lalu, jadi tidak ada kena mengenai keberadaan mana-mana pihak Hietech untuk kelulusan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Fahmi turut menegaskan bahawa, Hietech juga tidak menerima apa-apa kelulusan baharu setakat ini.
“Perdana Menteri telah mamaklumkan Hietech tidak terima apa-apa kelulusan baru dalam mana-mana tender setakat ini,” katanya lagi.
Semalam dalam kenyataan Bursa Malaysia, Hietech memaklumkan tender berkenaan adalah bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem MySikap di semua pejabat JPJ.
Kontrak bagi tempoh 36 bulan itu bermula dari 1 Mei 2024 hingga 30 April 2027.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








