Penunggang motosikal maut rempuh van di persimpangan Jalan Reko
KAJANG – Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah van yang dipercayai membelok ketika lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Reko, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialami.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asistan Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah van Toyota Hiace berwarna putih yang membelok ke kanan ketika lampu isyarat merah.
“Van berkenaan kemudian dilanggar sebuah motosikal jenis Yamaha yang sedang bergerak lurus.
“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemandu van berusia 71 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017-381 8422 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







