BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Jurutera maut dirempuh lori tangki di lorong kecemasan

KAJANG – Hasrat seorang jurutera elektrik untuk pulang ke Kuala Lumpur berakhir tragedi apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer 292.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Momen beberapa saat sebelum mangsa dilanggar lori tangki tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dari Bahau menghala ke Dengkil secara tiba-tiba memasuki lorong kecemasan tanpa memberikan sebarang isyarat.

“Perbuatan itu menyebabkan kenderaan berat tersebut melanggar motosikal mangsa yang ketika itu berada di lorong kecemasan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Naazron berkata, pemandu lori berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut dan direman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kajang, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017-3818422.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button