Fahmi rakam penghargaan kepada semua petugas radio
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan penghargaan kepada para petugas radio sempena Hari Radio Sedunia 2026 hari ini.
“Saya mengambil kesempatan untuk rakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang sentiasa memastikan komunikasi berkesan, menyampaikan maklumat yang bermanfaat dan tepat serta menyajikan hiburan berkualiti.
“Semoga radio terus menjadi medium yang dipercayai dalam menyatukan masyarakat dan memperkukuh kefahaman, perpaduan dan keharmonian sejagat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.
Terdahulu, ucapan tersebut turut dikongsi beliau melalui hantaran rasmi di media sosial.
Hari Radio Sedunia disambut pada 13 Februari setiap tahun bagi meraikan semua yang terlibat dalam mengendalikan stesen radio termasuk penyampai dan kakitangan di balik tabir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














