KEMENTERIAN KOMUNIKASI

Jerebu: Malaysia sedia gerakkan aset bantu Indonesia – Fahmi

PUTRAJAYA – Malaysia masih belum menerima pengesahan dan kebenaran daripada pihak berkuasa Indonesia untuk menggerakkan aset negara bagi membantu operasi menangani kebakaran serta jerebu yang melanda negara itu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun senarai aset Malaysia yang boleh digerakkan bagi membantu operasi berkenaan telah diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia melalui saluran diplomatik.

ā€œJadi setakat ini ada, kita telah panjangkan melalui kedutaan, melalui Wisma Putra, dan pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) juga telah menyediakan.

ā€œTapi belum ada pengesahan dan kebenaran untuk mengguna pakai aset-aset Malaysia,ā€ katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button