Gempa bumi 5.7 magnitud di utara Sumatera, gegaran dirasai di pantai barat Semenanjung
KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 yang melanda utara Sumatera, Indonesia pada pukul 12.18 tengah hari tadi menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, gempa itu berlaku pada koordinat 4.2 darjah utara dan 97.6 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Menurut kenyataan itu, pusat gempa terletak kira-kira 55 kilometer barat daya dari Langsa, Indonesia.
Sehubungan itu, orang ramai yang merasai kesan gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh METMalaysia bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kejadian tersebut.
METMalaysia turut memaklumkan borang berkenaan boleh diakses melalui pautan yang disediakan di laman rasmi agensi itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















