BERITA SEMASA

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama harta intelek melalui MoU MyIPO-DGIP

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia bakal memperkukuh kerjasama dalam bidang harta intelek menerusi perbincangan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Direktorat Jenderal Kekayaan Intelektual (DGIP) Indonesia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Menteri Hukum Indonesia, Dr. Supratman Andi Agtas selepas sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

“Inti pati pertemuan itu antaranya untuk mengeratkan kerjasama di peringkat menteri sebagai susulan hubungan kerja yang telah dijalin antara MyIPO dan DGIP.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pengurusan CMO di Indonesia, khususnya pengalaman mereka dalam menubuhkan Lembaga Manajemen Kolektif Nasional,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, lawatan tersebut diyakini dapat mengukuhkan hubungan dua hala sedia ada serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai aspek.

Dalam pada itu, Armizan memaklumkan, KPDN melalui MyIPO kini sedang menambah baik pangkalan data pengetahuan tradisional (MyTKDL).

“Kita berhasrat untuk berkongsi maklumat bersama DGIP Indonesia dalam pengurusan data pengetahuan tradisional,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button