JENAYAH & MAHKAMAH

Bapa ditahan, disyaki amang seksual dua anak perempuan

BESUT – Seorang lelaki yang juga bapa kandung kepada dua remaja perempuan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes amang seksual terhadap kedua-dua anaknya yang masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, penahanan suspek berusia 50 tahun itu dilakukan susulan laporan polis yang diterima berhubung kejadian membabitkan dua remaja berkenaan.

“Suspek yang juga bapa kandung kepada mangsa ditahan di Pasir Akar, di sini, kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Md Sani berkata pihaknya sudah mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Besut untuk menahan reman suspek bermula hari ini hingga 12 September bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button