
BERITA SEMASALUAR NEGARA
Gempa sederhana landa Selatan Laut Maluku, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia
KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.4 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Selatan Laut Maluku, Indonesia, awal pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kejadian itu direkodkan pada pukul 6.12 pagi dengan kedudukan 0.2 darjah selatan dan 126.1 darjah timur pada kedalaman 114 kilometer.
“Gempa berlaku kira-kira 177 kilometer di barat laut Rantau Barat Papua, Indonesia. Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti seismik melalui laman rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my atau saluran media sosial rasmi agensi berkenaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







