Syarat pemilikan IPS diselaras, KPM tidak lagi wajibkan 30 peratus ekuiti Bumiputera
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju untuk tidak lagi mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat sendiri yang mengendalikan institusi pengajian swasta (IPS)
KPM dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu dipersetujui hasil sesi perbincangan antara kementerian berkenaan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
KPM berkata, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan berhubung syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad seperti yang dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS yang diterbitkan pada 2006.
“Susulan sesi perbincangan antara KPM dengan MITI, KPM bersetuju bahawa ketetapan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendiri yang mengoperasikan IPS bawah KPM,” menurut kenyataan itu.
KPM berkata, penyelarasan berkenaan dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan selain memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.
Dalam pada itu, kementerian menghargai sumbangan semua pengusaha IPS dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia terus diberi perhatian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








