BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tujuh termasuk remaja 16 tahun ditahan disyaki terlibat curi kabel

TEMERLOH – Polis menahan tujuh individu menerusi beberapa siri operasi di kawasan Temerloh dan Mentakab pada 15 hingga 19 September lalu disyaki terlibat dalam kes curi kabel.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Nasyim Bahron berkata, kesemua suspek dipercayai anggota Geng Mat Letrik, Geng Mista dan Geng Sasi.

“Daripada jumlah itu semakan mendapati empat suspek mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati salah seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, menerusi beberapa operasi berkenaan, polis turut merampas tiga kenderaan selain kabel komunikasi dan utiliti dipercayai milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM).

Katanya, polis juga merampas sejumlah peralatan digunakan untuk menarik dan memotong kabel serta alat pembuka lubang manhole.

“Tujuh suspek termasuk enam yang masih bebas dipercayai turut terlibat dalam lima kes curi kabel komunikasi dan utiliti milik TNB dan TM yang dilaporkan berlaku dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini dengan anggaran kerugian kira-kira RM100,000,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan serta Seksyen 235(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button