Lelaki ditahan kes curi kabel di Teluk Intan
TELUK INTAN – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di kawasan Kilang Felcra Batu 12, Jalan Bidor, di sini semalam.
Polis Daerah Hilir Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, tangkapan dilakukan pada pukul 9.20 pagi oleh sepasukan anggota Task Force/RCJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.
Menurutnya, suspek berjaya ditahan hasil bantuan orang awam yang terlebih dahulu menahan individu berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Hasil tangkapan, pihak polis merampas satu gulung kabel, satu pemotong kabel serta sebilah sabit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.
“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” kata kenyataan itu menerusi hantaran di Facebook.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








