JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tembak mati suspek kes dadah di Seremban

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan mengesahkan seorang lelaki tempatan ditembak mati di kawasan perumahan Garden Homes, di sini tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, kejadian tersebut berlaku pukul 1.50 tengah hari tadi dan maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan akan dikongsikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di Ibu Pejabat Daerah Seremban, esok.

“Ya, saya sahkan kejadian tersebut,” katanya, hari ini.

Difahamkan lelaki berusia 50-an itu dipercayai mempunyai lapan rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, termasuk orang dikehendaki untuk kes di bawah akta penculikan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button