Elfira Loy kongsi khabar duka pemergian ibu
KUALA LUMPUR – Pelakon Elfira Loy, 32, berkongsi khabar duka mengenai pemergian ibunya, Filzah Yusoff, 61, yang sebelum ini dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital.
Berita itu dikongsikan Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, menerusi hantaran di Instagram hari ini.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya, Filzah Yusoff telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.
“Jenazah arwah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin Alam Damai. Waktu solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Dalam hantaran sama, Elfira turut memohon orang ramai menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar segala dosa arwah ibunya diampunkan Allah SWT.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima amal ibadatnya, melapangkan serta menerangi kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran buat seluruh keluarga. Amin ya Rabbal alamin,” tulisnya.
Pada 6 Ogos lalu, Elfira memaklumkan ibunya dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi.
Ketika itu, Elfira tidak mendedahkan secara terperinci mengenai keadaan kesihatan ibunya, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan agar prosedur berkenaan berjalan lancar.
Difahamkan, Filzah berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan susulan penyakit yang dialaminya sebelum menjalani prosedur intubasi di sebuah hospital.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








