BERITA SEMASA
Gempa bumi sederhana landa Semenanjung Minahassa
PUTRAJAYA – Satu gempa bumi sederhana melanda kawasan Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada awal pagi tadi.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berkenaan berlaku pada pukul 6.57 pagi dengan kekuatan magnitud 5.6 pada skala Richter.
“Kejadian berlaku pada kedudukan 0.1 darjah Selatan dan 123.8 darjah Timur dengan kedalaman 79 kilometer,” katanya.
Pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 103 kilometer di tenggara Gorontalo, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan kejadian itu.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















