Indonesia wakil tunggal ASEAN layak ke pusingan ketiga Piala Dunia
KUALA LUMPUR – Skuad Indonesia mencipta sejarah apabila layak ke pusingan ketiga Piala Dunia selepas menewaskan Filipina 2-0 semalam.
Gol skuad Garuda itu dijaringkan oleh Haye pada minit ke-31 dan Ridho minit ke-55.
Dengan kejayaan itu juga menjadikan Indonesia wakil tunggal ASEAN yang berjaya melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia dan layak secara automatik ke Piala Asia 2027.
Dalam pada itu, impian skuad Thailand untuk mengiringi Indonesia musnah meskipun menang ke atas Singapura semalam.
Thailand yang memerlukan kemenangan dengan jaringan lebih tiga gol bagi mengatasi China di tempat kedua gagal berbuat demikian selepas hanya menang 3-1 meskipun China tewas kepada Korea Selatan 0-1.

Tamat perlawanan China dan Thailand terikat dengan mata dan perbezaan gol yang sama, tetapi China berjaya meloloskan diri berdasarkan keputusan ‘head-to-head’.
Sementara itu Singapura menutup kempen kali ini dengan penuh kekecewaan apabila hanya mengutip satu mata dan kalah dalam lima perlawanan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








