SUKANBERITA SEMASA

Kelayakan Piala Dunia: Indonesia diundi dalam Kumpulan C zon Asia

KUALA LUMPUR – Indonesia diundi dalam Kumpulan C untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia bagi zon Asia di Mandarin Oriental, di sini, hari ini.

Dalam kumpulan tersebut mereka akan melalui cabaran besar untuk bersaing dengan pasukan Jepun, Australia, Saudi Arabia, Bahrain dan China.

Itu merupakan satu lagi pertembungan dengan Jepun selepas kali terakhir mereka bertemu dalam saingan Piala Asia 2023.

Terdahulu, skuad Garuda berjaya muncul sebagai naib juara Kumpulan F dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 serta layak secara rasmi ke Piala Asia 2027 akan datang.

Kejayaan tersebut menandakan kemajuan besar bagi pasukan kebangsaan Indonesia yang semakin menunjukkan peningkatan prestasi di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu bagi kumpulan yang lain, Kumpulan A terdiri daripada pasukan Iran, Qatar, Uzbekistan, UAE, Kyrgyzistan dan Korea Utara.

Sementara itu, Kumpulan B diisi oleh Korea Selatan, Iraq, Jordan, Oman, Palestin dan Kuwait.

Perlawanan pertama pusingan ketiga dijadualkan berlangsung pada 5 September 2024 dan akan berterusan sehingga Jun 2025.

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak secara merit ke Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Kehadiran Indonesia dalam kumpulan yang kompetitif tersebut pastinya akan menjadi cabaran besar namun, mereka bertekad untuk memberikan yang terbaik dan mencipta sejarah baru dalam bola sepak Asean.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button