LUAR NEGARA

Jerebu teruk landa Palembang

Penduduk diarah bekerja dari rumah

PALEMBANG – Situasi jerebu di Indonesia semakin buruk ekoran kebakaran membabitkan lebih 300 hutan dan tanah gambut di Sumatera yang masih gagal dipadamkan.

Laporan AFP menyebut, asap tebal yang disebabkan kebakaran tersebut turut menyelubungi keseluruhan bandar Palembang.

Ini menyebabkan kualiti udara di wilayah ini sangat teruk hingga kerajaan meminta penduduk tidak keluar dan bekerja dari rumah.

Sekolah-sekolah sudah pun diarah tutup atau ditunda sesi pembukaannya ekoran tahap penglihatan akibat jerebu semakin buruk sejak Isnin.

Anggota tentera dan polis serta kakitangan berajaan tempatan kini berhempas pulas berusaha memadamkan kebakaran yang menjejaskan seluruh 316 kawasan ekoran cuaca kering dan berangin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button