BERITA SEMASA

[VIDEO] Dakwaan serah 5,207 hektar kepada Indonesia: Tak perlu beri penjelasan di Parlimen – PM

GOMBAK – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan memberi penjelasan termasuk di Parlimen mengenai dakwaan pembangkang kononnya kerajaan menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia.

Perdana Menteri berkata, dakwaan tersebut merupakan fitnah dan pembangkang telah menyalahgunakan kebebasan bercakap.

@malaysiatribune

Dakwaan serah 5,207 hektar kepada Indonesia: Tak perlu beri penjelasan di Parlimen, pembangunan harus bertanggungjawab -PM #malaysiatribune #videoreelsシ #pmx #anwaribrahim #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Ini masalah pembangkang, dia (pembangkang) guna kebebasan bercakap merapu, bohong, guna Islam, guna nama Islam untuk tipu, guna nama Islam (untuk) tipu, guna fakta salah.
“Kalau dia tanya kami minta Perdana Menteri beri penjelasan tak apa. (Ini tidak) dia buat hukuman, menipu terus menerus. Saya tak boleh terima alasan sebegini. Ini bukan perangai pembangkang yang wajar dalam negara kita. Mesti bertanggungjawab.

“Tak perlu bagi penjelasan (di Parlimen). Dia mesti bertanggungjawab, buat tuduhan, menipu, memfitnah terus menerus dan kita tidak boleh terima cara, kaedah terima cara politik buruk dan busuk seperti ini,” katanya memetik laporan BH Online selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada kerajaan Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menggesa kerajaan membincangkan dakwaan itu di Parlimen.

Menurut Ahli Parlimen Larut itu, walaupun dakwaan itu telah dinafikan Anwar tetapi isu seperti itu penting untuk dibincangkan kerana membabitkan kedaulatan negara.

Sebelum ini, media melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, dikatakan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Minggu lalu, Anwar menafikan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.

Anwar dipetik sebagai berkata, kerajaan akan mengadakan rundingan secara baik dalam mencari penyelesaian berhubung isu tiga kampung yang dilaporkan termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button