BERITA SEMASAPMX

Anwar tegaskan komitmen angkat Sabah sebagai negeri berjaya

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmennya untuk melihat Sabah bangkit sebagai sebuah negeri yang benar-benar berjaya, bermaruah dan melangkah ke hadapan.

Menurut Perdana Menteri, masa depan Sabah bergantung kepada kekuatan, keberanian dan aspirasi anak muda, justeru Belanjawan 2026 dirangka dengan memberi ruang seluas-luasnya kepada generasi itu.

Katanya, ia merangkumi peluang pekerjaan, latihan kemahiran, sokongan keusahawanan serta pengukuhan ekosistem digital, inovasi dan bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai jambatan menuju masa depan lebih cerah dan inklusif.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak mahu politik retorik tanpa hasil, sebaliknya mahukan perubahan nyata melalui dasar yang menyentuh kehidupan rakyat serta pembangunan yang dapat dirasai setiap keluarga di Sabah.

“Insya-Allah, dengan iltizam, semangat dan daya juang anak muda Sabah, kita akan membangunkan sebuah negeri yang makmur, berdaya saing dan disegani,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Townhall PMX Bersama Anak Muda Inanam di sini hari ini, yang mana beliau turut berkesempatan berinteraksi dengan golongan muda setempat.

Dalam masa sama, Anwar turut memohon agar rakyat memberikan peluang kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH) untuk bersama membina sebuah Sabah yang lebih adil dan maju.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button