BISNES & EKONOMILUAR NEGARA

Indonesia naikkan surcaj bahan api pesawat

JAKARTA – Indonesia mengumumkan kenaikan surcaj bahan api pesawat sebanyak 28 mata peratusan dan akan membenarkan syarikat-syarikat penerbangan menaikkan harga tiket penerbangan domestik sehingga 13 peratus.

Menteri Ekonomi, Airlangga Hartarto ketika mengumumkan kenaikan itu berkata, surcaj bahan api jet akan meningkat dari 10 kepada 38 peratus, manakala harga tiket menokok antara sembilan hingga 13 peratus, lapor AFP.

Beliau menambah, kenaikan itu dibuat susulan harga minyak global yang melambung susulan perang Asia Barat.

Di Jakarta, Airlangga berkata, kerajaan akan menanggung cukai nilai tambah 11 peratus ke atas tiket penerbangan domestik bagi mengimbangi kesan kenaikan harga terhadap penumpang.

“Jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan adalah sekitar 1.3 trilion rupiah (kira-kira RM307.4 juta) sebulan,” katanya.

Langkah tersebut akan dinilai semula selepas dua bulan, tambahnya, bergantung kepada sama ada ‘perang Asia Barat berterusan’.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia Tenggara, AirAsia X turut berkata hari ini bahawa pihaknya juga akan menaikkan harga tiket dan mengurangkan laluan sebagai langkah penjimatan bagi mengurangkan impak peperangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button