LUAR NEGARA

Tahap sokongan terhadap Presiden Indonesia menurun sedikit

JAKARTA – Tahap sokongan terhadap Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mencatat sedikit penurunan berbanding awal 2025.

Penurunan itu dipercayai berpunca daripada kebimbangan terhadap kmerosotan ekonomi negara dengan ramai berpendapat pemimpin negara itu agak boros berbelanja.

Menurut tinjauan Indikator Politik, kira-kira 78 peratus rakyat Indonesia yang ditemubual menyatakan mereka berpuas hati atau sangat berpuas hati dengan prestasi Prabowo sejak beliau memegang jawatan lebih setahun lalu.

Keputusan tinjauan yang dikeluarkan pada 8 November itu bagaimanapun menurun sedikit berbanding 79 peratus yang direkodkan dalam tinjauan yang sama pada Januari lalu.

Tinjauan terkini itu membabitkan 1,220 responden dari seluruh Indonesia pada Oktober, dengan margin ralat 2.9 peratus.

Indonesia masih berdepan cabaran untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meskipun Prabowo sudah melaksanakan pelbagai rancangan perbelanjaan besar.

Antaranya termasuk program makanan percuma di sekolah dan penubuhan tabung kekayaan kedaulatan negara (sovereign wealth fund).

Bekas jeneral itu memegang jawatan selepas dipilih dengan majoriti yang besar, namun beliau terpaksa menangani isu kehilangan pekerjaan dalam sektor utama serta berdepan halangan dalam perdagangan global.

Kerajaan beliau juga menghadapi protes ganas secara meluas pada Ogos lalu berikutan cadangan keistimewaan untuk ahli Parlimen.

Sejak itu, Prabowo cuba meredakan ketidakpuasan hati rakyat melalui gelombang pengumuman rangsangan ekonomi, termasuk program pekerjaan khusus untuk pelajar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button