JENAYAH & MAHKAMAH

PDRM sahkan juruterbang warga Malaysia ditahan cuba seludup dadah di Indonesia

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek ditahan sejurus tiba di Jakarta dari Kuala Lumpur malam Selasa lalu.

BACA JUGA:
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Indonesia, mengaku jadi keldai dadah

“Saya mengesahkan penahanan itu. Kami telah dimaklumkan mengenainya. Suspek ditahan di sana dan akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang negara berkenaan,” katanya menurut NST.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang melaksanakan semakan dalaman susulan penahanan seorang juruterbang syarikat itu oleh pihak berkuasa Indonesia berhubung dakwaan kesalahan berkaitan dadah.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional itu enggan mengulas lanjut mengenai penahanan juruterbang berkenaan.

Dalam kenyataan kepada BERNAMA hari ini, Malaysia Airlines berkata adalah tidak wajar untuk mengulas lanjut memandangkan siasatan oleh pihak berkuasa Indonesia masih berjalan.

Syarikat itu turut memaklumkan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan selaras dengan semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Menurut Malaysia Airlines, keselamatan, sekuriti dan integriti operasinya kekal menjadi keutamaan syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button