BERITA SEMASAMALAYSIA MADANI

Menteri Kesihatan pertimbang cadangan ambil jururawat dari Indonesia

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedia mempertimbangkan cadangan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto supaya kerajaan merekrut jururawat dari Indonesia bagi membantu mengatasi masalah kekurangan jururawat di negara ini, khususnya di Johor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu akan dikaji secara terperinci oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah diarahkan memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses berkenaan.

“KKM akan terus melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mengatasi masalah kekurangan jururawat, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

“Kita mengakui tiada jalan penyelesaian segera untuk menangani situasi ini yang sebahagiannya berpunca daripada keputusan terdahulu, termasuk moratorium ke atas sekolah kejururawatan swasta (yang telah ditamatkan pada 2024) serta tiada pengambilan baharu di ILKKM selama dua tahun ketika pandemik,” katanya.

Dr. Dzulkefly menegaskan, apa juga keputusan hasil kajian itu kelak perlu mengambil kira kepentingan rakyat, kebajikan warga kerja KKM, dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button