BERITA SEMASALUAR NEGARA

568 penumpang KM Barcelona V berjaya diselamatkan

SULAWESI UTARA – Seramai 568 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran membabitkan KM Barcelona V yang berlaku di perairan Talise, Sulawesi Utara semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Agensi Mencari dan Menyelamat (SAR) Manado, Nuriadin Gumeleng berkata, angka berkenaan adalah berdasarkan data yang diterima pihaknya di Pos Kawalan Basarnas di Pelabuhan Munte.

“Jumlah mangsa yang terselamat ini adalah berdasarkan maklumat rasmi yang telah kami kumpulkan di Posko Basarnas Pelabuhan Munte,” katanya memetik laporan Antara News hari ini.

Menurut beliau lagi, setakat ini seramai 571 orang telah berjaya diselamatkan, manakala tiga mangsa disahkan terkorban.

Tiga individu yang maut dikenal pasti sebagai Juliana Gumolung, Asna Lapai, dan Zakarias Tindigulangi, yang kesemuanya merupakan penduduk dari Kabupaten Kepulauan Talaud.

“Memang terdapat laporan awal mengatakan lima orang terbunuh, namun sehingga kini hanya tiga kematian yang telah disahkan. Dua lagi masih dalam proses pengesahan untuk memastikan ketepatan data,” jelasnya.

Kejadian berlaku pada Ahad, 20 Julai, sekitar jam 2.00 petang waktu tempatan (WITA) ketika KM Barcelona V sedang dalam pelayaran dari Talaud menuju ke Manado.

Selepas kejadian, para penumpang yang berjaya diselamatkan telah dibawa ke kawasan penempatan penduduk di Pulau Gangga II, yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button