BISNES & EKONOMI

Madam Mariyah perkukuh jenama AURAMARIA, perkenal minuman kesihatan dalaman wanita premium

KUALA LUMPUR – Usahawan terkenal, Madam Mariyah, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri kesihatan dan kecantikan apabila melancarkan produk terbaharu di bawah jenama AURAMARIA yang difokuskan khusus untuk wanita.

Produk berkenaan, Jus Kesihatan Dalaman Wanita Che’Tat, diperkenalkan sebagai minuman premium yang diformulasikan untuk membantu penjagaan kesihatan dalaman serta kesejahteraan wanita secara menyeluruh.

Madam Mariyah berkata, setiap elemen pada produk tersebut termasuk warna, reka bentuk dan ramuan mempunyai makna tersendiri yang melambangkan konsep keseimbangan dan kecantikan dalaman wanita.

Menurutnya, warna coklat pada rekaan produk membawa simbol “kekayaan dalaman wanita”, manakala putih pula melambangkan kebersihan dan emas merujuk kepada elemen kemewahan.

“Wanita itu kaya dari dalam. Sebab itu kita pilih warna rich brown, putih dan gold. Kita mahu tonjolkan bahawa kecantikan sebenar datang dari dalaman yang sihat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, Jus Kesihatan Dalaman Wanita Che’Tat dihasilkan menggunakan bahan-bahan premium yang diformulasikan secara khusus dengan gabungan pelbagai ramuan herba tradisional.

Antaranya bahan tersebut termasuk kacip Fatimah, pinang muda, nenas batu, mengkudu, habbatus sauda, kunyit hitam, halia bara serta beberapa lagi ramuan terpilih yang digabungkan dalam satu formulasi eksklusif.

“Semua bahan ini telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kita buat sampai 20 kali, malah 21 kali R&D sebelum saya lepaskan untuk pasaran,” katanya.

Madam Mariyah
Jus Kesihatan Dalaman Wanita Che’Tat berasaskan herba tradisional dan diformulasikan secara eksklusif untuk membantu kecantikan dan keseimbangan dalaman dari dalam ke luar.

Menurut beliau, produk tersebut tidak bersifat seperti jamu biasa kerana mempunyai rasa yang lebih mudah diterima dan tidak pahit, sekali gus membolehkan ia diminum oleh pelbagai golongan wanita termasuk mereka yang mempunyai sensitiviti terhadap rasa.

Katanya, penggunaan produk itu juga tidak perlu diambil setiap hari, sebaliknya hanya dua kali seminggu iaitu pada hari tertentu bagi memastikan keberkesanan dan keseimbangan penggunaan.

“Ini produk premium, bukan untuk minum setiap hari. Seminggu dua kali sahaja, contohnya hari Isnin dan Jumaat. Kita mahu ia digunakan dengan cara yang betul,” katanya.

Madam Mariyah berkata, produk berkenaan juga diformulasikan bagi membantu penjagaan kesihatan dalaman wanita termasuk aspek keseimbangan hormon, tenaga serta membantu memperlahankan proses penuaan.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa produk tersebut telah melalui proses pembangunan yang panjang sebelum dipasarkan, termasuk ujian dan penambahbaikan berterusan sebelum diluluskan untuk pengeluaran.

Katanya, pelancaran awal produk itu akan melibatkan pengeluaran sekitar 2,500 pek dengan sasaran pengembangan pasaran yang lebih besar selepas ini.

“Kita memang sudah ada perancangan besar. Sasaran kita ialah satu juta unit dalam tempoh beberapa bulan,” katanya.

Menurutnya, sambutan terhadap produk di bawah jenama AURAMARIA sebelum ini sangat menggalakkan dengan pencapaian jualan hampir satu juta unit bagi produk kopi terdahulu, selain mendapat permintaan tinggi di platform digital.

Beliau berkata, produk berkenaan kini turut diedarkan ke Brunei, Singapura dan Sarawak, selain mendapat sambutan menerusi jualan langsung di platform TikTok.

Mengulas mengenai inspirasi penghasilan produk, Madam Mariyah berkata, ia lahir daripada pengalaman peribadinya sebagai wanita yang mengamalkan pengambilan jamu sejak muda.

“Saya memang ‘ratu jamu’. Dulu saya memang makan jamu, jadi saya tahu apa yang wanita perlukan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa fokus utamanya kini adalah untuk memperkukuh perniagaan serta membantu lebih ramai wanita menjaga kesihatan diri melalui produk berasaskan herba yang diformulasikan secara lebih moden dan terkawal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button