BERITA SEMASA

Kakitangan DBKL dikompaun selepas didakwa buang sampah dari kenderaan rasmi

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan tindakan kompaun selepas didakwa membuang sampah daripada kenderaan rasmi jabatan dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil susulan siasatan segera yang dijalankan selepas menerima aduan berhubung satu hantaran tular di platform Threads berkaitan insiden yang didakwa berlaku pada 21 Jun lalu.

Menurut DBKL, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan telah memanggil kakitangan terbabit bagi mendapatkan penjelasan selain menjalankan semakan lanjut berhubung kejadian itu.

“Hasil tindakan tersebut, kakitangan berkenaan telah dikenakan kompaun mengikut Seksyen 47(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebook.

DBKL berkata, pihaknya sentiasa menitikberatkan aspek integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga kerjanya bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada warga kota.

Menurutnya, sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej organisasi tidak akan dikompromi dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.

“DBKL akan terus memastikan pematuhan terhadap peraturan dan tatakelola kerja diperkukuhkan dari semasa ke semasa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button