DBKL nafi lantik pihak ketiga kutip sumbangan, tajaan
KUALA LUMPUR – Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan pernah melantik atau memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengutip sumbangan hadiah, tajaan atau kutipan bagi mana-mana program anjurannya.
DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata, orang ramai perlu berhati-hati terhadap sebarang permohonan menggunakan namanya termasuk untuk tujuan cabutan bertuah, majlis rasmi atau program komuniti.
“Sebarang urusan rasmi berkaitan DBKL hanya akan dilaksanakan melalui saluran dan dokumen rasmi jabatan.
“Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan atau pengesahan dengan pihak DBKL sekiranya menerima sebarang permintaan yang meragukan,” kata kenyataan itu, hari ini.
DBKL berkata, kerjasama semua pihak dalam memastikan ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan adalah amat dihargai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








