Wanita moden berdepan stres, Diet Kortisol jadi solusi
KUALA LUMPUR – Wanita moden kini berdepan pelbagai cabaran kesihatan seperti berat badan sukar turun, tidur tidak lena, emosi tidak stabil dan keletihan berpanjangan akibat tekanan hidup seharian.
Keadaan yang sering disalah anggap sebagai kurang disiplin atau terlebih makan itu sebenarnya mungkin berpunca daripada ketidakseimbangan hormon, khususnya hormon stres dikenali sebagai kortisol.
Sehubungan dengan itu, pendekatan Diet Kortisol kini semakin mendapat perhatian kerana memberi fokus lebih menyeluruh terhadap kesihatan wanita moden.
Menurut Dr Hannani Kamarudin, tekanan kronik boleh memberi kesan besar kepada tubuh terutama apabila hormon kortisol kekal tinggi dalam tempoh lama.
Katanya, keadaan tersebut boleh mencetuskan pelbagai perubahan termasuk pengumpulan lemak di bahagian perut, gangguan kitaran haid, masalah tidur, keletihan melampau serta emosi yang mudah terganggu.
“Ramai wanita tidak menyedari tubuh mereka berada dalam ‘mod stres’ berpanjangan sekali gus menyukarkan usaha menurunkan berat badan walaupun telah mencuba pelbagai jenis diet,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Hannani berkata, berbeza dengan diet konvensional yang hanya menekankan kiraan kalori, Diet Kortisol mengambil pendekatan lebih holistik merangkumi aspek pemakanan, pengurusan tekanan, kualiti tidur serta rutin harian yang seimbang.
Beliau menjelaskan, pendekatan itu bertujuan menenangkan tubuh daripada tekanan berpanjangan dan mengembalikannya kepada keadaan semula jadi yang lebih stabil.
“Apabila hormon kembali seimbang, perubahan positif mula dirasai termasuk berat badan lebih mudah dikawal, tidur lebih berkualiti serta peningkatan tenaga sepanjang hari,” katanya.
Dr Hannani menambah, kitaran haid menjadi lebih teratur dan emosi lebih stabil dalam menghadapi cabaran harian dan apa yang menarik, perubahan tersebut berlaku secara konsisten dan lebih mampan tanpa memerlukan perubahan drastik.
“Pendekatan Diet Kortisol juga dilihat praktikal kerana hanya memerlukan penyesuaian kecil tetapi konsisten dalam rutin harian seperti memperbaiki pola tidur, mengurus stres dengan lebih baik serta memilih makanan yang menyokong keseimbangan hormon.
“Ia sekali gus memberi mesej bahawa kesihatan bukan tentang kesempurnaan, sebaliknya keseimbangan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Hannani berkata, dalam usaha mengejar kejayaan, wanita sering mengorbankan kesihatan tanpa sedar, namun kedua-duanya boleh berjalan seiring jika tubuh berada dalam keadaan seimbang.
Jelas beliau, Diet Kortisol bukan sekadar trend kesihatan, sebaliknya satu bentuk kesedaran baharu tentang kepentingan menjaga keseimbangan dalaman dalam dunia moden.
“Pendekatan itu mengingatkan bahawa tubuh bukan mesin yang boleh dipaksa tanpa henti, tetapi sistem yang perlu dijaga dengan penuh kesedaran.
“Sehubungan itu, wanita disaran memberi ruang kepada diri untuk berehat, pulih dan kembali kuat dari dalam,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai diet kortisol dan program yang ditawarkan, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di Instagram Cortisol Diet Malaysia atau laman web klinikdrhannani.com.my / cortisol-diet-malaysia
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








