BERITA SEMASADALAM NEGERI

LKAN dedah HCTM beri kontrak RM25.64 juta kepada syarikat tiada sijil halal JAKIM

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dianugerahkan kontrak membekal makanan bernilai jutaan ringgit kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Syarikat yang dikenal pasti sebagai 0267299-T itu telah mendapat kontrak bernilai RM25.64 juta bagi tempoh tiga tahun bermula Februari tahun lalu bagi tujuan penyediaan makanan kepada pesakit hospital berkenaan.

“Perolehan Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit di HCTM bertujuan menyediakan sajian makanan yang halal kepada pesakit HCTM bersesuaian dengan status Dapur Utama yang mendapat pensijilan halal dari JAKIM, memberikan perkhidmatan sajian makanan pesakit dengan cemerlang dan berkualiti tinggi serta mematuhi piawaian berkaitan.

“Semakan Audit mendapati syarikat yang ditawarkan kontrak berkenaan gagal penilaian teknikal tetapi masih dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Kewangan,” katanya dalam laporan yang dikeluarkan semalam.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa Jawatankuasa Penilaian Teknikal sebenarnya tidak mengesyorkan syarikat tersebut kerana pelbagai kekurangan yang ketara.

“Petender tidak berpengalaman serta tidak mempunyai sijil halal JAKIM selain pensijilan HACCP iaitu sistem pengurusan yang mengiktiraf dan mengawal bahaya dalam proses pengeluaran makanan,” menurut laporan itu lagi.

Baca juga : LKAN: Ketakteraturan serius lebih RM460 juta libat Felcra, UKM, Tentera Darat

Selain itu, syarikat terbabit juga didapati gagal memenuhi keperluan asas penyediaan perkhidmatan makanan hospital.

“Malah, peralatan sajian pesakit juga tidak lengkap (troli makanan pesakit), tidak menyediakan jadual perancangan program kualiti; tidak mempunyai bilangan pramusaji yang mencukupi; dan tiada demonstrasi berkenaan peralatan.

“Tetapi syarikat ini lulus penilaian kewangan tetapi tidak disyorkan kerana berada di kedudukan keempat terendah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button