BERITA SEMASA

JAKIM anjur Bengkel Libat Urus Pelan Strategik 2026-2030

PORT DICKSON – Dalam memastikan hala tuju pengurusan hal ehwal Islam negara kekal relevan dan berkesan menjelang dekad baharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini telah menganjurkan Bengkel Libat Urus Pelan Strategik 2026-2030.

Inisiatif itu digerakkan oleh Bahagian Dasar Kemajuan Islam dan melibatkan penyertaan pimpinan tertinggi jabatan, pengarah-pengarah serta wakil daripada semua bahagian di JAKIM yang berlangsung di Avillion Admiral Cove, Port Dickson pada 21 dan 22 Mei lalu.

Sebahagian peserta bergambar kenangan selepas program dua hari itu berakhir.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, bengkel itu menjadi medan penting bagi memperhalusi hala tuju strategik jabatan dalam mendepani cabaran semasa serta memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kemampanan, kesejahteraan dan tata kelola yang berintegriti.

“Budaya kerja strategik dan berimpak tinggi sangat penting dalam mendepani cabaran pengurusan Islam era kini.

“Malah, transformasi berimpak tinggi hanya dapat dicapai melalui komitmen bersama dan pembentukan minda masa depan (future mindset) yang merupakan paksi utama dalam menjayakan agenda reformasi perkhidmatan awam di JAKIM,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, bengkel tersebut turut menjadi platform bagi mengukuhkan sinergi antara bahagian dan melahirkan semangat kolektif untuk menjayakan visi dan misi jabatan dalam mendepani era baharu pentadbiran Islam yang lebih strategik, inklusif dan berdaya tahan.

BACA : JAKIM seru umat Islam tunai solat hajat, qunut Nazilah untuk rakyat Palestin

“Pandangan strategik daripada semua bahagian akan menjadi asas penting dalam penyediaan Pelan Strategik JAKIM 2026-2030 yang lebih komprehensif,” tegasnya.

Semangat kebersamaan yang ditunjukkan menjadi asas penting dalam menjayakan pembangunan Pelan Strategik yang bakal menterjemahkan aspirasi ‘JAKIM untuk Ummah’.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button