BERITA SEMASA

Keputusan UPKK 2025 diumumkan 25 Februari ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 pada 25 Februari ini pada jam 10 pagi.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Sirajuddin Suhaimee, majlis pengumuman keputusan UPKK 2025 itu akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

“Calon serta ibu bapa dan penjaga boleh mula menyemak rumusan keputusan pada hari yang sama bermula jam 12 tengah hari melalui laman sesawang rasmi di https://semakan.islam.gov.my/� dengan menggunakan nombor MyKid atau Nombor Kad Pengenalan Khas berserta Nombor Angka Giliran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Upkk
Keputusan UPKK 2025 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Selain itu katanya, slip keputusan UPKK Tahun 2025 boleh diperoleh daripada pihak sekolah masing-masing bermula keesokannya mengikut ketetapan masa yang akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.

UPKK yang dijalankan pada November tahun lalu merupakan peperiksaan penilaian bagi murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button