LUAR NEGARA

Serangan dron antara Rusia-Ukraine memuncak, 9 maut

KYIV – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut pada Sabtu ketika perang dron antara Rusia dengan Ukraine semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

Di Ukraine, serangan Rusia mengorbankan empat orang, termasuk dua wanita yang maut selepas tertimbus di bawah runtuhan rumah di Zaporizhzhia.

Dua lagi mangsa dilaporkan terbunuh dalam serangan berasingan di Sumy.

Serangan dron Rusia turut menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada bangunan kediaman serta premis perniagaan di Kyiv.

Sementara itu, serangan dron Ukraine di wilayah Krasnodar, selatan Rusia, mengorbankan tiga orang dan mencederakan dua lagi, menurut pihak berkuasa tempatan.

Serangan itu turut mencetuskan kebakaran di dua kemudahan industri, manakala Ukraine mengesahkan sasarannya termasuk kilang penapisan minyak Ilsky.

Dalam perkembangan berkaitan, pengeluar keluli terbesar Ukraine, ArcelorMittal Kryvyi Rih, menghentikan operasi selepas empat serangan Rusia yang menyebabkan kerosakan besar dan mengorbankan lima pekerjanya.

Syarikat itu memaklumkan operasi tidak dapat diteruskan dengan selamat dan mampan susulan serangan berulang.

Ukraine mendakwa pertahanannya berjaya memintas 134 daripada 173 dron yang dilancarkan Rusia dalam serangan semalaman, manakala Moscow mendakwa menembak jatuh ratusan dron Ukraine.

Dakwaan kedua-dua pihak berhubung jumlah serangan dan sasaran sukar disahkan.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button